fbpx
Tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan eksploitasi isteri dan anak.

Pemandu lori tukar pengakuan tidak bersalah eksploitasi anak,isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang pemandu lori yang sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengeksploitasi isteri dan anaknya bagi tujuan seks, menukar pengakuanya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 43 tahun membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Dalam prosiding itu, tertuduh diwakili Peguam Gabriel Susayan menegaskan anak guamnya sebelum ini tidak memahami pertuduhan dan hukuman dikenakan kepadanya sekiranya mengaku bersalah.

“Semasa didakwa, anak guam saya tidak berpeluang untuk melantik peguam dan sebab itu dia mengaku bersalah.

“Namun, mengikut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan, anak guam mempunyai hak untuk mendapatkan peguam bagi membela dirinya,” katanya.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa mengeksploitasi seks dengan menggunakan paksaan terhadap seorang kanak-kanak dan isterinya masing-masing 13 dan 36 tahun.

Kesalahan eksploitasi terhadap isterinya itu dilakukan di sebuah kondiminium dan loji air di Batu 9, Cheras antara Januari 2015 hingga Mei 2019.

Sementara, kanak-kanak itu dieksploitasi di kondominium yang sama di Batu 9 Cheras di antara Januari 2019 hingga Februari 2020.

Justeru, dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 13(b) & 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Safarizal Zakaria tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 21 September depan.

Difahamkan, tertuduh telah meminjam wang daripada individu lain berikutan tidak mampu membayar kondominium yang dibelinya RM2,000 sebulan.

Ekoran tidak mampu membayarnya, tertuduh telah melacurkan isteri dan anaknya.- K! ONLINE