fbpx

Jurusolek curi alat solek dijel 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri alat solek di sebuah farmasi pasaraya di Bukit Bintang Sabtu lalu, seorang jurusolek bebas wanita dihukum penjara dua hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap Suriani Misni, 36, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini dan dipenjara tujuh hari lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Suriani didakwa mencuri lipstik jenama Peri Pera, Clinele Clay Mask, Krim Aquacapsule dan pelukis alis jenama Rimmel yang kesemuanya bernilai RM151.60 milik Syarikat Watson Sdn. Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Watson Times Square, Jalan Bukit Bintang di sini pukul 7.48 malam pada 15 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon satu hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran agar orang lain tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam itu hanya memohon dikenakan hukuman yang ringan. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI