fbpx

Ada masa sampai esok jawab Surat Tunjuk Sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong

PUTRAJAYA – Pengendali treler yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Simpang Pulai, Ipoh sehingga mengorbankan tujuh nyawa diberi tempoh sehingga esok untuk memberi maklum balas kepada Surat Tunjuk Sebab (SBS) yang dihantar Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertarikh 13 Ogos lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, selepas maklum balas diperoleh, Unit Pematuhan dan Pemantauan Prestasi, APAD akan membuat rumusan serta syor bagi memutuskan tindakan yang akan dikenakan kepada pengendali.

Beliau berkata, jangkaan syor tindakan yang akan dicadangkan melalui Jawatankuasa Pelesenan APAD dijangka akan dikeluarkan pada 17 Ogos ini.

“Pada 13 Ogos lalu, APAD telah menghantar STS kepada pengendali kenderaan treler yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Simpang Pulai, Ipoh.

“Pengendali berkenaan perlu memberikan maklum balas dalam tempoh tiga hari iaitu sehingga esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ka Siong berkata, kementerian tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Lesen Pengendali dan permit pengendali serta mengambil tindakan pentadbiran dan mahkamah sekiranya didapati pengendali telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.

Beliau berkata, di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

“Kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras kepada pengendali supaya mematuhi keperluan keselamatan.

“Pengendali yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan,” katanya.

Pada masa sama, Ka Siong turut menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam nahas tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI