fbpx

Enam premis warga asing digempur MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa MPK merampas arak yang dijual di kedai warga asing.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kegiatan warga asing menjalankan perniagaan kedai runcit secara haram mengundang padah apabila enam premis mereka digempur Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sekitar Klang Sentral di sini, semalam.

Dalam operasi pukul 11 pagi itu, kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian serta arak itu disita dan diarahkan ditutup serta-merta oleh pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, operasi dilakukan hasil maklumat pihaknya berhubung kegiatan warga asing menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan terhadap tujuh premis mendapati enam daripadanya dikendalikan oleh warga asing.

“Kesemua premis itu didapati menjalankan perniagaan kedai runcit tanpa lesen perniagaan sah daripada MPK,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kata beliau, sitaan pelbagai barangan di semua premis itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 MPK 2007 dan 2013.

Dalam perkembangan sama, Shahrul Hazri menegaskan MPK akan memperhebatkan operasi bersepadu seumpama bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan.

“Bagaimanapun, kebanjiran warga asing bukan bukan di bawah bidang kuasa MPK namun kita sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam menangani isu tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan premis warga asing di sekitar Klang boleh menyalurkannya di awas.mpklang.gov.my untuk tindakan lanjut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI