fbpx

Dembele pilihan baharu United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE tidak menolak potensi berhijrah keluar dari Barcelona pada Januari ini selepas ejen peribadinya dikatakan sedang berbincang dengan pengurusan Newcastle. – AFP

MANCHESTER – Manchester United menjadi pasukan paling aktif dalam pasaran perpindahan kali ini apabila menamakan pula pemain Barcelona, Ousma­ne Dembele sebagai alternatif sekiranya rundingan mendapat­kan Jadon Sancho menemui ke­ga­galan.

Selepas beberapa siri rundi­ngan untuk mendapatkan Sancho, United dan Borussia Dortmund masih belum mene­mui kata putus berhu­bung per­pindahan pemain ber­usia 20 tahun itu.

United dilaporkan mula bosan dengan beberapa permintaan termasuk gaji yang diminta oleh Sancho selain Dortmund juga yang gemar menggunakan orang tengah dalam proses perbinca­ngan tersebut.

Jaguh Bundeliga itu dilapor­kan enggan berganjak dengan ni­lai £110 juta (RM601.70 juta) yang perlu dibayar secara tunai tanpa apa-apa klausa lain.

Selain itu, ejen pemain ber­ke­naan juga cuba memainkan pe­ranan dengan menekan United membayar gaji mingguan seba­nyak £250,000 (RM1.36 juta) ketika The Red Devils hanya mahu memberikan £220,000 (RM1.2 juta).

Sehubungan itu, United mula mencari alternatif lain dan melihat Dembele sebagai salah satu pilihan selain sedang mengadakan rundingan mengenai potensi untuk membawa pemain itu ke Old Trafford.

Dembele tidak beraksi secara kompetitif bersama Barcelona sejak November dan menjalani pembedahan pada Februari ekoran masalah hamstring ketika kontraknya di Camp Nou bakal berakhir dua tahun lagi.

Dembele dibeli Barcelona de­ngan nilai £138 juta (RM754.86 juta) dari Dortmund pada musim panas 2017 dan lebih menarik, pasukan yang berpengkalan di Signal Iduna Park berjaya mendapatkan Sancho menggantikan Dembele ketika itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI