fbpx

Ditahan selepas ambil bekalan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
40 peket heroin yang dirampas daripada seorang pengedar dadah

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang pengedar dadah ditangkap ketika dipercayai baharu sahaja mengambil 40 peket dadah jenis heroin dalam kejadian di sekitar Pandamaran di sini kelmarin.

Lelaki berusia 49 tahun ditahan ketika menunggang motosikal jenis Honda Dash kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati lelaki tersebut mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dikenali Kriss di kawasan sama.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui 40 peket disyaki heroin seberat 64.8 gram bernilai RM2,000.

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di Kampung Jawa, semalam dan merampas satu peket dadah jenis heroin seberat 1.5 gram.

“Kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI