fbpx

Bonzer didakwa bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher Wong Khoon Swan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Seberang Perai hari ini kerana membunuh rakannya pada 29 Julai lalu. / Foto Amir Irsyad Omar.

SEBERANG PERAI – Seorang bonzer pusat hiburan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya pada 29 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Christopher Wong Khoon Swan, 36, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Hokkien, Khoon Swan didakwa menyebabkan kematian ke atas Lau Weng Heng, 43.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Dahlia 3, Taman Dahlia, Butterworth di sini kira-kira pukul 5.50 hingga 6 pagi pada 29 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 10 September ini.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan Weng Heng mati selepas dilanggar dengan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dia diseret kira-kira 15 meter sebelum dipukul dengan senjata disyaki kayu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI