fbpx

‘Wanita’ disamun kenalan Michat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami cedera ringan selepas disamun lelaki warga Bangladesh dalam satu kejadian di Jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang semalam. - Foto IHSAN PEMBACA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang lelaki berperwatakan wanita disamun kenalan warga Bangladesh yang dikenali melalui aplikasi Michat dalam kejadian berlaku di tepi Jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian itu mangsa seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul oleh suspek.

“Pada pukul 5 petang, pihak polis menerima satu laporan polis daripada mangsa mendakwa telah disamun dua lelaki Bangladesh yang mana telah disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian ini mangsa mengalami kecederaan dan mengalami kerugian selepas suspek telah mengambil telefon bimbit, wang tunai RM200 serta dokumen diri milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kes berkenaan telah tular di media sosial yang memaparkan gambar mangsa dikatakan telah diculik dan berlaku cubaan rogol terhadapnya.

Jelasnya, pihak polis menafikan kejadian tular tersebut dan siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita yang mana mengenali suspek melalui aplikasi Michat. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI