fbpx

Penduduk Kampung Pinang Merah ketakutan diancam beruang matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaleha (tengah) menunjukkan salah sebuah sarang kelulutnya yang dimusnahkan beruang matahari kepada Che Mohd. Mustaffa (kanan) di Kampung Pinang Merah, Paka dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Seramai 1,000 penduduk Kampung Pinang Merah, Paka dekat sini dalam ketakutan akibat ancaman sekumpulan beruang matahari sejak sebulan lalu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pinang Merah, Che Wan Mustaffa Che Wan Kamal berkata, beruang matahari terbabit telah memusnahkan banyak sarang kelulut dan pokok kelapa yang diusahakan penduduk kampung.

“Kemusnahan sarang kelulut dan pokok kelapa yang dipercayai dilakukan lebih daripada seekor beruang matahari itu semakin menjadi-jadi sejak seminggu lalu menyebabkan penduduk mengalami kerugian lebih RM10,000.

“Tambah membimbangkan penduduk mendakwa pernah terserempak dengan haiwan liar itu berkeliaran di sekitar kawasan kampung walaupun waktu siang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Seorang penduduk, Zaleha Abu Bakar, 55, berkata, setakat ini, lima sarang kelulut miliknya yang terletak di halaman rumahnya telah dimusnahkan beruang matahari berkenaan.

“Kejadian terbaharu berlaku pada malam tadi. Biasanya kumpulan haiwan liar ini akan datang antara pukul 10.30 malam hingga 1 pagi.

“Beruang matahari itu akan mengambil madu kelulut yang menunggu masa untuk dituai di dalam sarang berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI