fbpx
KHAIRUL sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan bersedia kembali memburu gelaran Raja Pecut Asia Tenggara.

Peluang Khairul kembali gegar arena olahraga negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELARI pecut sensasi kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan sudah bebas sepenuhnya daripada masalah kecederaan yang menghantui dirinya sejak tiga tahun lalu.

Khairul, 22, sering dibelenggu masalah hamstring sejak meraih status sebagai raja pecut Asia Tenggara dan pemenang pingat emas 100 meter (m) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kecederaan demi kecede­raan membataskan Khairul yang juga pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.18 saat (s) untuk menampilkan pres­tasi terbaik­nya dalam dua tahun kebelakangan ini.

“Alhamdulillah sekarang saya sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Kea­daan badan saya juga bagus dah masih kekal sama walaupun lama tidak berlatih disebabkan PKP (Perintah Kawalan Perge­rakan) sebelum ini.

“Saya sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran dari segi rohani, mental dan fizikal sekiranya ada pertandingan dalam tempoh terdekat,” kata Khairul.

Atlet dari Merlimau, Melaka itu dianggap permata baharu arena olahraga negara selepas berjaya memadam rekod 10.30s milik Watson Nyambek dengan catatan masa 10.18s pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.

Kecemerlangan itu diterus­kan pada tahun berikutnya apabila memecahkan rekod 200m kebangsaan pula menerusi ca­tatan masa 20.90s sebelum meraih pingat emas 100m Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sejak itu, Khairul bergelut untuk mengulangi catatan 10.18s apabila dia cuma ber­upaya mencatat masa tahunan terbaik 10.20s untuk tahun 2017, 10.28s (2018) dan 10.50s (2019) disebabkan beberapa siri kecederaan.

Kini, semangat pelari yang berlatih di bawah bimbingan Mohd. Poad Kassim kembali membara untuk merebut tempatnya semula dalam skuad olahraga ke Sukan SEA Hanoi 2021 dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan. – K! ONLINE

POPULAR