fbpx

Nazrai Hijabpin tampilkan penyambung pelitup muka lebih trendy, feminin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 telah memberi idea kreatif bagi usahawan untuk mengambil peluang memperkenalkan produk atau perkhidmatan seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.
Pengarah Urusan Nazrai Gifts Sdn. Bhd., Ahmad Nazli Zulkifli berkata, memandangkan pelitup muka adalah barangan perlu bagi setiap individu di negara ini, pihaknya telah membangunkan inovasi bagi memudahkan golongan wanita yang berhijab memakai pelitup muka.
Penyambung pelitup muka (face mask extender) kini semakin popular dan menjadi trend bagi mereka yang berhijab.
Melalui produk tersebut yang diubah suai dan dijual pada harga serendah RM3 seunit itu telah memudahkan golongan wanita berhijab dengan lebih kemas.
“Mengambil peluang daripada permintaan yang semakin meningkat, syarikat turut memperkenalkan penyambung pelitup muka lebih trendy, feminin dan nampak mewah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan Exclusive Face Mask Extender by Aishah X Nazrai Hijabpin di sini baru-baru ini.


Nazrai Hijabpin mula beroperasi sejak tahun 2013 dengan pengenalan produk berkaitan hijab seperti pelbagai koleksi pin tudung dan boleh disematkan di bahu kiri dan kanan, selain koleksi lapel pin untuk golongan lelaki untuk disematkan di kemeja, songkok dan juga di tali leher.
Koleksi Hijabpin terkenal kerana kualiti jarumnya yang tajam dan tidak akan merosakkan material tudung khususnya kain sutera.
Mengulas lanjut mengenai produk baharu tersebut, ia dihasilkan secara eksklusif bertatahkan batu cubic zicronian, cangkuk yang diperbuat daripada logam tembaga aloi berukuran Panjang antara 7.5 sentimeter hingga lapan sentimeter setiap satu.
”Keunikan face mask extender tersebut akan menyerlahkan penampilan wanita khususnya di bahagian kepala sipemakai kerana batu-batu zicronain yang berwarna warni dan disusun cantik serta lutsinar,” ujarnya.
Tambah beliau, produk yang dijual secara online itu ditawarkan dalam tiga kategori harga iaitu RM96, RM150 dan juga RM180.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI