fbpx

Lelaki didakwa bunuh pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes jerut isteri tiba di Mahkamah Majistret Sepang pagi tadi.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya yang juga pensyarah di sebuah tasik di Pinggiran Cyberjaya di sini pada 29 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Hairil Izzuan A.Samad, 41, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Prof. Madya Dr. Maizatulnisa Othman, 40, pada 29 Julai lalu antara pukul 11 pagi hingga 1.04 pagi.

Perbuatan itu dilakukan di Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya, Selangor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding yang bermula kira-kira pukul 9.02 pagi itu, tertuduh dilihat menangis sebaik dibawa masuk ke kamar majistret.

Dalam prosiding tersebut, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah memberi masa untuk mendapatkan khidmat guaman dengan alasan tidak dimaklumkan perlu melantik peguam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 September depan sebagai tarikh sebutan kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI