fbpx

Emas, ekonomi dan kebijaksanaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

 

MOHAMAD AZLAN JAAFAR
PENGARANG KUMPULAN MEDIA MULIA

 

Sejak beberapa minggu lalu, Kosmo! telah menyiarkan beberapa laporan mengenai kegilaan masyarakat membeli barangan emas di seluruh negara.

Di kebanyakan premis, pembeli membanjiri kedai-kedai berkenaan.

Kesesakan itu mungkin disebabkan penjarakan fizikal yang mengehadkan jumlah pelanggan di dalam kedai sehingga nampak akan kesibukan luar biasa.

Tetapi apa yang menarik, ada pelanggan yang menunggu di awal pagi sebelum kedai emas dibuka seperti ada jualan besar pada harga murah.

Contohnya, di pekan Kuala Pilah, kedai-kedai emas di jalan utama senantiasa dipenuhi pelanggan terutama pada hari Sabtu.

Pekan yang tidak sibuk pada hari biasa serta lengang pada hari Ahad kecuali pelajar Kolej Matrikulasi, Kampus UiTM dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, kembali bernyawa dengan barisan pembeli-pembeli yang datang dari pelbagai tempat termasuk Kuala Lumpur untuk membeli barangan emas.

Pembeli tidak kisah untuk mengharungi jalan sesak ketika melalui beberapa pekan kecil selepas Bukit Putih serta kesesakan hujung minggu terutama mereka yang ingin ke Pahang.

Menurut ramai pembeli, harga barangan kemas lebih murah di Kuala Pilah kerana tidak diambil kos upah.

Fenomena membeli barangan emas ini mungkin disebabkan lebihan wang kerana moratorium pinjaman yang memberikan peminjam akses kepada wang tambahan.

Pada masa sama tidak boleh dinafikan emas adalah pelaburan yang lebih selamat. Datuk, nenek dan emak kita lebih arif mengenai pelaburan tanpa perlu mempelajari ilmu ekonomi atau pelaburan.

Harga emas melepasi paras AS$2,000 seauns dengan mencecah harga AS$2,061.50 seauns minggu lalu atau lebih RM300 segram.

Ini lonjakan 442.3 peratus berbanding harga emas sekitar AS$380 segram kira-kira 27 tahun lalu.

Jadi emas milik atok atau nenek kita kini bernilai lebih 400 peratus berbanding harga ketika dibeli pada masa itu.

Mungkin ketika itu kita sering bertanyakan sebab golongan tua membeli emas serta keinginan untuk menyimpan emas, jelas kini akan kebijaksanaan mereka mengatasi sebarang teori ekonomi atau pelaburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI