fbpx

Penduduk Napoh dipulaukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Napoh nerjalan di hadapan Restoran Nasi Kandar Salleh yang menjadi punca penularan wabak Covid 19 Kluster Sivagangga di Pekan Napoh, Jitra.

JITRA – Tekanan yang dirasai oleh penduduk Napoh dan kawasan sekitarnya di sini bertam­bah hebat apabila mereka men­dakwa seolah-olah telah di­pulaukan dan orang lain mula mengelak untuk berselisih setiap kali terserempak di kawasan awam.

Tanggapan buruk itu didakwa bermula sejak kawasan itu dige­lar Kluster Sivagangga yang menyebarkan Covid-19.

Rata-rata penduduk yang ditemui memberitahu, masyarakat luar seolah-olah ‘memulaukan’ mereka kerana dituduh pemba­wa virus tersebut.

Penduduk Kampung Cherok Mokkan, Norbee Othman, 50, mendakwa, penduduk yang me­ngenalinya bertindak menjauh­kan diri ketika dia keluar membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di luar kawasan Na­poh sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di situ.

“Nampak sahaja penduduk Napoh, mesti ramai yang lari dan keadaan itu sangat menyedihkan,” dakwanya ketika ditemui di Napoh dekat sini semalam.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan ialah tanggapan buruk itu dikhuatiri kekal buat selama-lamanya dan ia bukan sahaja memberi tekanan ke­pada penduduk tetapi juga pe­niaga di situ.

“Saya menyara keluarga sebagai tukang urut dan tidak tahulah apa persepsi pelanggan saya yang berada di luar Napoh sele­pas ini,” ujarnya.

Peniaga kedai makan, Hasnah Ariffin, 60, berkata, dia menjangkakan impak daripada kluster itu akan berpanjangan dalam satu tempoh yang lama.

“Saya bimbang dengan nasib peniaga di sini terutama di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh yang mana orang luar mungkin takut untuk singgah di Napoh selepas ini,” katanya.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13 kes baharu dilaporkan semalam di mana dua daripadanya adalah dari Kluster Sivagangga.

Katanya, seramai 4,636 orang disaring bagi Kluster Sivagangga dengan 45 dikesan positif Co­vid-19 masing-masing 31 kes di Kedah, 11 kes (Perlis) dan tiga kes di Pulau Pinang.

“Terdapat 27 individu masih menunggu keputusan di Kedah, Perlis (379) dan Pulau Pinang (80).

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat de­ngan kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI