fbpx

Asri janggut pemberi maklumat bukan suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Noor Azam

KUALA LUMPUR – Polis Selangor tidak akan memanggil pemilik gerai burger yang dikenali Asri Janggut susulan pendedahannya berhubung kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri dilabelkan sebagai pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.

“Arahan telah dikeluarkan kepada polis Sungai Buloh supaya tidak memanggil dia (Asri). Saya minta siasat maklumat yang diberikan bukan pemberinya.

“Kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat cuma sayang dia dedahkan identitinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Noor Azam, pihak polis mengalu-alukan orang ramai memberi maklumat berhubung kegiatan jenayah di lokasi masing-masing bagi membolehkan siasatan dan serbuan dilakukan.

“Pemberi maklumat ini sulit sebenarnya dan kita tidak akan dedahkan identiti mereka.

“Kita juga harap pemberi maklumat itu tidak mendedahkan identiti mereka kerana ia mengundang pelbagai masalah,” ujarnya.

Kelmarin, seorang pemilik gerai burger Mohd. Asri Hamid, 42, mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Pendedahan itu dibuat lelaki itu menerusi satu klip video berdurasi 8 minit 29 saat sebelum ditularkan di media sosial. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI