fbpx

Laporan polis berita kematian Pak Lah dibuat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penafian berita palsu yang dikeluarkan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi di laman Facebook 2 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis terhadap mesej tular palsu yang mengaitkan kematian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibuat esok.

Pegawai Khasnya, Datuk Jefridin Atan berkata, beliau memandang serius berkenaan mesej tular berkenaan dan akan menghadirkan diri untuk membuat laporan polis pagi esok di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Putrajaya.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, mesej tular palsu ini adalah fitnah semata-mata dan menyusahkan rakyat. Sepatutnya rakyat memohon doa agar Pak Lah panjang umur dan sihat sejahtera di samping keluarga.

“Kematian bukan isu yang boleh dimainkan. Saya akan serahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut tentang perkara ini,” katanya ringkas dalam satu kenyataan.

Hari ini, netizen sekali lagi dihidangkan dengan berita palsu menerusi penularan tangkap layar paparan Facebook yang mengaitkan kematian Pak Lah.

2 Ogos lepas, mesej yang sama turut digembar-gemburkan dan Jefridin yang mewakili Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan bekas pemimpin negara itu dan menyatakan Pak Lah berada dalam keadaan sihat bersama keluarga tersayang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI