fbpx

Kad merah sebagai hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. Dali menjelaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman berat seperti layangan kad kuning atau kad merah kepada pemain yang melanggar SOP pada masa depan.

Jawatankuasa Pengadil FAM pertimbang tindakan tegas langgar SOP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertimbangkan untuk memberi hukuman lebih berat kepada pemain yang me­langgar prosedur operasi stan­dard (SOP) menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada 26 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­ngadil FAM, Asisten Komisioner (B) Md. Dali Wahid berkata, cadangan untuk mengikut jejak langkah Persatuan Bola Sepak England (FA) yang meluluskan layangan kad merah sekiranya pemain batuk dengan sengaja ke arah pemain lain masih awal buat masa ini, namun akan dipertimbangkan.

“Kita sedia maklum dengan peraturan baharu yang dilaksa­nakan oleh FA England untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti layangan kad merah kepada pemain yang batuk de­ngan sengaja ke arah pemain lain atau sebagainya memandangkan penularan pandemik Covid-19 di sana agak tinggi.

“Namun, saya berpendapat ia masih belum sesuai untuk kita laksanakan lagi di sini memandangkan kes Covid-19 di Malaysia masih terkawal.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau perkembangan semasa dan tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman berat seperti layangan kad kuning atau kad merah kepada pemain yang melanggar SOP pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah memberi lampu hijau untuk mana-mana persatuan bola sepak di dunia untuk memberi layangan kad kuning jika pemain meludah dengan sengaja ketika beraksi di atas padang.

Malah, FA England pada awal minggu ini telah meluluskan la­yangan kad merah kepada pemain yang tidak ber­disiplin apabila dengan sengaja batuk ke arah pemain lain bermula musim depan.

Justeru, Md. Dali menggesa agar semua pemain dan pegawai pasukan mengikut SOP yang telah ditetapkan, sekali gus mengelakkan daripada wujud­nya kluster Liga M apabila ia di­bersambung kembali penghujung bulan ini.

“Saya harap semua pihak baik pemain, pegawai dan pengadil agar sentiasa peka untuk tidak melanggar SOP sepanjang perlawanan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI