fbpx

Surau Al-Jannah ditutup akibat kontak Kluster Sivagangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surau Al-Jannah ditutup serta-merta akibat kontak Kluster Sivagangga.

SHAH ALAM – Surau Al-Jannah di Seksyen 23 di sini diarahkan tutup serta-merta susulan salah seorang jemaahnya dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga di Napoh, Jitra, Kedah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, susulan itu semua operasi surau termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau ini diarah dihentikan juga.

Katanya, arahan penutupan juga dilaksanakan terhadap Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Al-Jannah.

“Tindakan penutupan itu diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Hanya tiga petugas jawatankuasa sahaja yang dibenarkan untuk memimpin solat fardu di surau berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan menegaskan pihaknya telah mengarahkan jawatankuasa surau memastikan individu berkenaan menjalankan saringan Covid-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.

“Proses nyah cemar di surau tersebut juga hendaklah dilakukan serta-merta di seluruh kawasan dan sekolah KAFA.

“Jawatankuasa surau juga perlu sentiasa memantau dan mengingatkan jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan. Surau hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran daripada JAIS,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, pihaknya belum lagi menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung proses nyah cemar setakat ini termasuk surau tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI