fbpx

Isteri Guan Eng beri keterangan di SPRM P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Betty hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang bagi memberi keterangan berhubung kes terowong dasar laut hari ini.

GEORGE TOWN – Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Betty Chew hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) di sini hari ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes terowong dasar laut.

Betty dilihat tiba di bangunan itu kira-kira pukul 10.45 pagi dipercayai ditemani peguamnya, Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Difahamkan, beberapa individu lain akan memberi keterangan berkaitan kes sama di pejabat SPRM di sini hari ini termasuk dua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) kerajaan Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI