fbpx

Letupan berganda gegarkan Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Dua letupan besar yang berlaku di sebuah pelabuhan di ibu kota Lebanon, Beirut semalam menyebabkan berpuluh-puluh individu cedera dan terkorban.

Impak letupan juga menggegarkan puluhan bangunan dan menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Beirut.

Satu rakaman video menunjukkan letupan kedua dengan asap berwarna jingga mencetuskan kesan gelombang kejut seakan-akan puting beliung, menyebabkan kemusnahan di kawasan bandar itu.

Keadaan pelabuhan selepas letupan di Beirut, Lebanon. – STR / AFP

 

“Kami terdengar satu letupan dan melihat asap berbentuk cendawan,” kata seorang penduduk yang menyaksikan kejadian letupan kedua dari balkoni pangsapurinya di perkampungan Mansourieh di sini.

“Impak letupan menyebabkan kami tercampak ke dalam pangsapuri,” dakwanya.

Media tempatan Lebanon berkongsi gambar menunjukkan ada mangsa terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan dan ramai lagi berlumuran darah selepas letupan berlaku. Punca menyebabkan kejadian letupan itu masih belum diketahui.

Seorang askar di pelabuhan itu yang enggan nama disiarkan memberitahu agensi berita AFP bahawa :”Ia satu malapetaka di dalam. Ada mayat di atas jalan. Pihak ambulans masih mengangkat mangsa-mangsa terkorban.”

Agensi Berita Kebangsaan Lebanon mengesahkan ada mangsa terkorban akibat letupan itu tetapi tidak mendedahkan jumlahnya.

Letupan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera, menurut satu sumber keselamatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI