KUALA LUMPUR – Dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM9.86 bilion telah diagihkan kepada kumpulan sasaran bagi menghadapi cabaran ekonomi pasca Covid-19.
Menurut Laporan Laksana ke-15 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), sebanyak 53,199 PKS telah mendapat manfaat daripada pinjaman berkenaan.
“Daripada jumlah tersebut, Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan Bank Negara Malaysia sebnayak RM9.4 bilion telah diagihkan kepada sebanyak 21,063 PKS.
‘Skim Mikro Kredit BSN pula melibatkan pengagihan dana pinjaman sebanyak RM278 juta dan Program Tekun pula telah meluluskan pinjaman sebanyak RM181 juta kepada 32,136 PKS,” katanya di sini semalam.
Mengulas mengenai nilai pembiayaan dan bantuan yang diterima oleh PKS, Pensyarah Kanan Business School, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berharap pembiayaan tersebut perlu dimanfaat semua kelompok PKS daripada pelbagai kategori.
“Ia sepatutnya tidak hanya dinikmati oleh kelompok tertentu sahaja,” jelasnya.
Tambah beliau, meskipun jumlah PKS yang telah menerima bantuan dilihat banyak, tetapi nilainya masih kecil berbanding jumlah kesemua PKS di negara ini.
Ahmed Razman berkata, terdapat 1.5 juta syarikat sendirian berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala jumlah perusahaan enterprise berdaftar berjumlah lima juta.
“Sesebuah bank itu lebih mudah memberi pinjaman kepada 10 syarikat bersaiz besar, berdaya saing dan memiliki rekod yang baik berbanding memberi pinjaman sebanyak RM10 juta kepada 1,000 buah syarikat kecil,” jelasnya.
Tambah beliau, berdasarkan fenomena tersebut, masih banyak persatuan mengadu susah untuk memohon pembiayaan kerana faktor saiz mereka yang kecil.
Dana PKS sebanyak RM9.86 bilion diagih
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 5 Ogos 2020, 8:47 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

4,300 usahawan Melaka terima suntikan modal RM100 juta
20 Jun 2026, 12:18 pm

Trump enggan mengaku kalah
16 Jun 2026, 8:00 am

Syarikat makanan, pengarah didakwa gagal bayar cukai jualan
15 Jun 2026, 4:11 pm

Tiga laporan diterima dakwaan Rosmah beli hartanah RM52 juta di AS
15 Jun 2026, 3:53 pm

KLCG optimis siapkan Kelarai dalam tempoh 48 bulan
15 Jun 2026, 2:37 pm

Bank Rakyat BizMatch bantu pengantarabangsaan syarikat tempatan
9 Jun 2026, 9:11 pm

Petronas, Eni tubuh syarikat usaha sama baharu, Searah
8 Jun 2026, 5:40 pm

Karnival tiga dekad YSB platform tingkat ilmu usahawan
5 Jun 2026, 8:34 am






