fbpx

Rumah terbakar dilanggar lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori tangki dan kereta yang terbakar dalam kejadian kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 145 Jalan Lanchang-Temerloh di Temerloh, Pahang

TEMERLOH  – Gara-gara sebuah lori tangki hilang kawalan menyebabkan dua buah kereta dan sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Kilometer 145 Jalan Lanchang-Temerloh di sini, hari ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu menyaksikan lori tangki itu dan sebuah kereta yang terbakar serta sebuah lagi kereta jatuh ke dalam gaung manakala sebuah van remuk teruk.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner, Mohd Yusri Othman berkata, kejadian turut menyebabkan pemandu lori tangki yang masih belum dikenalpasti identiti itu meninggal dunia akibat tersepit.

“Berdasarkan siasatan awal kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Lanchang ke Temerloh hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan yang diletakkan di tepi jalan sebelum melanggar sebuah van yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.

“Akibat perlanggaran menyebabkan dua buah kenderaan dilanggar dan sebuah rumah turut terbakar,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya pemandu lori tangki yang tidak membawa muatan meninggal dunia akibat tersepit dan bukannya terbakar.

“Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan laporan lanjut akan menyusul,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI