fbpx

Pasaran gelap rokok kekang pemulihan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Pasaran gelap rokok yang semakin berleluasa kini telah menghalang pemulihan ekonomi impak daripada wabak Covid-19.

Menurut kaji selidik yang dijalankan British American Tobacco (Malaysia) Bhd. (BAT Malaysia) pada Julai lalu, sebanyak 88 peratus daripada responden percaya terhadap pasaran gelap tersebut telah memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, sebanyak 97 peratus daripada responden kaji selidik itu juga mahu kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pasaran rokok gelap, yang mengakibatkan ketirisan lebih RM5 bilion dari segi hasil cukai setiap tahun.

Kajian melibatkan 2,000 dewasa di Malaysia itu turut menemui tiga faktor utama yang mendorong kepada perkembangan pasaran gelap rokok berleluasa ialah rasuah, cukai tinggi dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang terhad.

“Kami mengalu-alukan respon daripada rakyat Malaysia terhadap kempen Hentikan Pasaran Gelap yang kami anjurkan.

“Daripada kaji selidik dan maklum balas lain yang kami terima, adalah jelas rakyat Malaysia sangat bimbang terhadap masalah pasaran gelap rokok dan pihaknya bersedia menyokong tindakan segera kerajaan untuk membanteras sindiket jenayah yang beroperasi di belakangnya.

“Sokongan ini berpunca daripada keinginan untuk melihat pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

Tambah Jonathan, pihaknya akan melancarkan kaji selidik kedua di laman web kempen stoptheblackmarket.com.my yang menyediakan saluran bagi rakyat Malaysia melahirkan pendapat mengenai kaedah boleh dilakukan untuk menangani isu berkenaan secara pantas dan menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI