fbpx

4.5 juta terima RM50 kredit e-Penjana dalam 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh tiga hari pertama, lebih daripada 4.5 juta rakyat Malaysia telah pun menerima RM50 dalam e-dompet mereka menerusi inisiatif e-Penjana yang bermula 31 Julai lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, sejak e-Penjana diumumkan, bilangan pengguna MySejahtera yang berdaftar telah meningkat lebih daripada 2 juta kepada 9.4 juta pengguna.

“Sebagai peringatan, e-Penjana boleh ditebus menggunakan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet. Pengguna juga mesti memuat turun aplikasi MySejahtera yang terkini.

“Selain itu, penambahbaikan saringan telah dibuat dalam proses verifikasi dan kelulusan ekoran beberapa cabaran yang dihadapi pemohon, terutamanya dari segi padanan nama dalam pangkalan data,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Pelaksanaan Pakej Penjana secara online sebentar tadi.
Inisiatif berkenaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI