fbpx

Proton Saga dipandu wanita rempuh kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu wanita tersilap menekan pedal minyak kereta sehingga merempuh sebuah kedai runcit di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, kelmarin. Foto IHSAN PEMBACA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Gara-gara terkejut, seorang pemandu wanita tersilap menekan pedal minyak sehingga merempuh sebuah kedai runcit di Felda Air Tawar 5, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 malam di dalam kawasan Felda berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang wanita bersama anaknya.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu wanita tersebut bersama anaknya berumur 15 tahun sedang keluar dari simpang berhadapan dobi sebelum terkejut akibat sebuah motosikal pendaftaran tidak pasti melintas dihadapannya.

“Ekoran itu pemandu telah tersilap menekan pedal minyak yang disangka pedal brek dan kereta pengadu telah bergerak kehadapan lalu merempuh sebuah kedai runcit diseberang jalan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Hussin, punca kemalangan akibat pemandu kereta gagal mengawal kenderaannya ketika sedang keluar simpang sehingga menyebabkan kemalangan.

Tambahnya, pemandu kereta dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Rule 10 LN 167/59. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI