fbpx

[VIDEO] Lima individu terselamat gajah mengamuk di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa malam tadi.

GERIK – Lima individu berhadapan detik-detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dikacau oleh seekor gajah dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 malam itu, kelima-lima mereka sempat melarikan diri meninggalkan kereta jenis Perodua Axia yang dihimpit gajah berkenaan.

Menerusi satu audio yang tular, kereta dinaiki mereka berhenti di tengah jalan selepas melihat seekor gajah dan perbuatan tersebut menyebabkan kenderaan di belakang kereta tersebut membunyikan hon.

Bunyi hon tersebut menyebabkan gajah berkenaan mengamuk sebelum menghimpit kereta dinaiki lima individu tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya segera menghantar pegawai ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta berkenaan tidak dipijak gajah namun ia sendiri yang terbabas sebelum dihampiri haiwan liar berkenaan.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mereka yang menaiki kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Yusoff, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan dan jangan sesekali melakukan provokasi terhadap haiwan tersebut.

“Kemunculan gajah sememangnya tidak asing memandangkan ia merupakan kawasan yang sering digunakan mereka untuk berhenti dan berehat di situ.

“Orang ramai boleh melalui jalan itu dengan berhati-hati dan jangan panik serta melakukan provokasi kepada haiwan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kenderaan mangsa mengalami kerosakan kecil dan tidak melibatkan kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI