fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki Malaysia ditemui mati di lokap Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang lelaki tempatan ditemui mati semasa berada di dalam lokap polis di Padang Besar, Thailand pada Jumaat lalu.

Mangsa berusia 34 tahun yang berasal dari Padang Besar, Perlis itu ditemui pada pukul 1.30 petang waktu Thailand.

Dia dipercayai membunuh diri dengan menggunakan kain baju yang diikat pada jeriji sel lokap.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Padang Besar, Thailand dan disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu mayat lelaki itu telah dituntut oleh ibu kandungnya yang merupakan warga Thailand.

“Dia ditahan polis Thailand atas kesalahan memiliki dadah dan masuk ke negara itu secara haram.

“Mayat lelaki itu telah dikebumikan di Thailand,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE