fbpx

Lampard akui Chelsea hilang momentum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD mengakui Chelsea gagal mengekalkan rentak perlawanan biarpun mereka berjaya mendahului perlawanan sebelum tewas kepada Arsenal awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus pasukan Chelsea, Frank Lampard me­ngakui anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar selepas tewas 1-2 kepada seteru tradisi, Arsenal dalam saingan final Piala FA di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Kata Lampard, permulaan yang baik telah ditunjukkan oleh barisan pemain untuk mendahului saingan pada babak pertama menerusi jaringan Christian Pulisic tetapi momentum itu tidak dapat diteruskan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pasukan bermula garang dengan melakukan serangan dan menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi segalanya berubah selepas mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Situasi yang sama turut berlaku pada babak kedua dan kami kehilangan beberapa pemain yang penting seperti Pulisic ke­rana kecederaan hamstring dan ia menjejaskan tempo serangan pasukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lampard mengakui perbezaan antara The Blues dan skuad kendalian Mikel Arteta itu adalah pasukan lawan memiliki penyerang berkelas dunia, Pierre-Emerick Aubameyang yang berjaya meledak gol kemenangan.

“Saya tidak boleh menafikan kualiti yang ada pada Aubame­yang. Dia telah meledak dua gol dan salah satunya penalti selain satu lagi gol menerusi penyudah yang cukup berbisa.

“Dia adalah penyerang berkelas dunia dan sekiranya anda mahu menang trofi anda perlu menyudahkan peluang seperti yang dilakukan Aubameyang hari ini (semalam),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI