fbpx

Kerajaan Jerman kecam penunjuk perasaan berhimpit, tiada pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai keluar menunjuk perasaan di Berlin pada Sabtu lepas. - AFP

BERLIN, Jerman  – Kerajaan Jerman hari ini mengutuk dan menyifatkan ‘tidak boleh diterima’  pelanggaran sekatan koronavirus selepas berpuluh-puluh ribu orang keluar ke jalanan di Berlin tanpa memakai pelitup muka hujung minggu lalu.

Ulrike Demmer selaku jurucakap Canselor Jerman,  Angela Merkel berkata, penunjuk perasaan yang gagal memakai pelitup muka atau mematuhi penjarakan fizikal telah ‘mengeksploitasi hak untuk melakukan demonstrasi’.

“Walaupun kebebasan berdemonstrasi penting, apa yang kami lihat pada hujung minggu lalu tidak boleh diterima,”  kata Demmer. 

Beliau berkata, kerajaan mengutuk ‘bukan sahaja pelanggaran beramai-ramai peraturan kebersihan diri dan langkah pencegahan asas Covid-19 tetapi juga cubaan menyekat wartawan daripada melaporkan serangan terhadap pihak polis.

Sekitar 20,000 orang menyertai demonstrasi ‘Hari Kebebasan’ itu pada Sabtu lepas dengan sebahagian besar penunjuk perasaan tidak menutup mulut atau hidung mereka. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI