fbpx

Kapal Maritim Tok Bali tangani jenayah laut Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tiga kanan) mendengar penerangan anggota Maritim Malaysia mengenai KM Tok Bali, di Pasir Puteh hari ini

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kehadiran Kapal Maritim (KM) Tok Bali akan memperkuatkan lagi keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menangani jenayah laut seperti pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, maritim Kelantan mempunyai perairan seluas 27,637 kilometer persegi yang turut merangkumi Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA) dengan keluasan 7,250 kilometer persegi dan Malaysia-Vietnam Commercial Arrangement Area (CAA) iaitu 2,008 Kilometer Persegi.

Katanya, perairan laut wilayah pula seluas 1,716 kilometer persegi dengan panjang pantai 78 kilometer dan jumlah itu adalah lebih kurang 1.8 ganda lebih besar berbanding daratan

“Maritim Kelantan sebelum ini mempunyai enam aset dan jika dinisbahkan dengan keluasan perairan, satu aset perlu menjaga kawasan seluas 4,544.5 kilometer persegi.

“Dengan Kehadiran KM Tok Bali, beban penugasan dijangka berkurangan kepada 3,895.3 kilometer persegi bagi setiap aset,” katanya dalam sidang akhbar di atas KM Tok Bali di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad dibawa meninjau kelengkapan kapal baharu KM Tok Bali dan meninjau sekitar perairan berkenaan.

Beliau diiringi Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripudin Tuan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

KM Tok Bali dibina Destini Shipbuilding & Engineering Sdn. Bhd., diserahkan secara rasmi kepada Maritim Malaysia bersama KM Kota Kinabalu menerusi Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Hamzah Zainudin di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

KM Tok Bali berukuran 45 meter panjang dan 7.7 meter lebar mampu belayar dengan kelajuan 24 Knot dilengkapi dua enjin Mtu V 4000 M 73 berkuasa kuda1, 920 yang mampu beroperasi selama 10 hari di tengah laut.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri menyedari pencerobohan bot nelayan asing Vietnam merupakan ancaman terbesar di perairan ini.

“Sebelum ini, Maritim Malaysia Kelantan telah berjaya menahan sebanyak 277 bot nelayan asing Vietnam sejak 2007, namun mereka tetap degil dan masih terus menceroboh perairan Kelantan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI