fbpx

Izreen seronok jual kuih apam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZREEN Azminda. - MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PERNAH terpalit kontroversi merampas suami orang, pelakon Izreen Azminda berkata, dia sudah lali dengan segala tohmahan dan kritikan orang ramai yang dilempar terhadapnya. 

Pejam celik, selepas dua tahun isu tersebut berlaku. Sampai ke hari ini, pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 35, itu kekal bahagia dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid. Rumah tangga mereka turut diserikan kehadiran, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun. 

Namun, tiba-tiba sahaja rumah tangga Izreen dan suami dikatakan bermasalah apabila mereka dilihat hadir ke mahkamah baru-baru ini. Izreen bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Melanjutkan perkongsian, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu mengakui, rutin hariannya kini sibuk dengan projek perniagaan kuih apam yang dijual secara atas talian menerusi laman Instagram @SugarButterMilk.KL  sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan Mac lalu. 

KOSMO!: Boleh Izreen kongsikan perkembangan terbaharu?

IZREEN AZMINDA: Dari segi lakonan memang saya tidak dapat banyak tawaran. Lagi pun, saya tidak mahu terikat dengan projek drama bersiri yang memerlukan komitmen tinggi. Kalau projek telefilem, okey. Saya akan pertimbangkan. Sebenarnya, sejak PKP, saya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan iaitu kuih apam menerusi laman Instagram @SugarButterMilk.KL. 

Bagaimana sambutan orang ramai terhadap perniagaan kuih apam anda?

Alhamdulillah, ramai orang yang menyokong perniagaan kecil saya ini. Dalam sehari boleh terjual 300 hingga 500 biji dan boleh dapat untung dalam RM1,000. Seronok berniaga kerana bagi saya, dapat berada dekat dengan suami dan anak. Penat pun tidak mengapa kerana dapat tengok muka orang tersayang tiap-tiap hari di rumah. 

Sibuk jual kuih apam, tidakkah anda rindu untuk kembali aktif berlakon?

Kehidupan saya sekarang bukan macam dahulu. Sekarang keutamaan adalah untuk anak dan suami. Tipulah kalau saya kata tidak rindu aktif berlakon kerana saya sudah mula berlakon sejak berumur 12 tahun. Namun, ini adalah kitaran yang akan terjadi dalam hidup anak seni.

 

IZREEN menjelaskan hubungannya dengan suami, Ude tetap bahagia.

 

Maaf bertanya, mungkinkah orang sudah lupa bahawa anda satu ketika dahulu pernah dicop sebagai perosak rumah tangga orang?

Saya dah reda dan lali dengan kritikan orang. Pengalaman lalu telah mematangkan saya. Alhamdulillah, sekarang saya banyak mendapat sokongan daripada keluarga tersayang untuk mendepani hari mendatang. 

Saya sudah malas melayan kutukan dalam media sosial. Kalau melampau sangat, saya sekat atau padam komen yang boleh menjatuhkan reputasi saya sebagai wanita berkeluarga. 

Tempoh hari anda dan suami dilihat hadir ke mahkamah, boleh perincikan lebih lanjut kunjungan tersebut untuk apa sebenarnya?

Saya ke mahkamah sebab bayar denda nikah. Tiada urusan lain  dan perkahwinan saya dan suami (Ude) okey sahaja. Bagaimanapun, saya ingin memberi pesanan kepada penulis blog tidak bertauliah yang sesuka hati memberi spekulasi kononnya rumah tangga saya bergolak. Kalau tidak pasti, tolong dapatkan penjelasan dari saya mulut saya sendiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI