fbpx

Pedofilia: Ibu bapa perlu lebih peka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Ibu bapa harus lebih peka dengan persekitaran terutama berkaitan gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak bagi mencegah jenayah pedofilia.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara tersebut dan segera melaporkan kepada polis jika kes itu berlaku di sekitar mereka.

Kata beliau, laporan mengenai kes jenayah pedofilia masih kecil di negeri ini tetapi beliau tidak menolak kemungkinan ada kes yang tidak dilaporkan.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan kerana individu yang cenderung ke arah pedofilia ini mungkin ada berhampiran anak-anak mereka.

“Ini kerana, pelaku jenayah itu kelihatan seperti orang biasa sahaja yang mana mereka tidak mempunyai ciri-ciri spesifik yang boleh diketahui kecenderungan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, individu tersebut juga mungkin boleh menjadi seorang yang pendiam dan turut menyasarkan kanak-kanak yang tidak bercampur dengan orang lain.

“Kecenderungan mereka adalah pada kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah,” ujarnya.

Kelmarin, seorang penoreh getah direman lima hari kerana mencabul anak saudaranya sendiri berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada 26 Julai lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu juga seolah-olah hilang kewarasan apabila sanggup memuat naik gambar kemaluan anak saudaranya itu di status WhatsApp miliknya untuk tontonan umum. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI