fbpx

Alam Wakaka pinang gadis 19 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alam Wakaka dan Nurul Alisya Najwa Hazman selamat bertunang, semalam.

TANGGAL 1 Ogos 2020 menjadi tarikh istimewa buat penari dan pelakon, Alam Wakaka apabila selamat mengikat tali pertunangan bersama seorang gadis berasal dari Segamat, Johor, Nurul Alisya Najwa Hazman, 19.

Hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat, majlis yang berlatarkan rona putih tersebut berlangsung dalam suasana penuh kesederhanaan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang diarahkan kerajaan sepanjang pandemik Covid-19.

Aksi comel Alam dan Nurul selepas selamat bertunang.

Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 34, yang  sebelum ini pernah bergelar peserta program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama 2009 itu bersyukur kerana setiap perancangan berjalan lancar.

“Ikut perancangan kami akan melangsungkan pernikahan sekitar Mac tahun depan, jadi ada enam bulan lagi,” katanya yang memilih pengurus pemasaran jenama kosmetik sebagai calon isteri.

Menyempurnakan pertunangannya, Alam menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada tunangnya termasuk cincin, telekung, sejadah, buah-buahan, manisan dan sirih junjung. Pihak perempuan pula membalas barangan seperti senaskah al-Quran, coklat dan sejadah.

Pelakon yang pernah membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story tujuh tahun lalu itu berharap  perhubungannya diberkati Tuhan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI