WASHINGTON – Rakaman mengejutkan kamera badan anggota keselamatan merakam detik dua pempengaruh bercium di atas antena Bangunan Empire State setinggi 103 tingkat dan kemudian bertunang, lapor akhbar New York Post.
Rakaman video menunjukkan anggota polis mencapai antena dan segera menahan Angela Nikolau, 33, dan Ivan Kuznetsov, 32, semalam menjadi tular di laman sosial.
“Hei, saya nampak mereka,” kedengaran seorang anggota keselamatan berkata dalam video itu.
Nikolau dan Kuznetsov yang berasal dari Moscow, kini menetap di East Orange, negeri New Jersey.
Hobi memanjat ekstrem mereka dipaparkan dalam dokumentari Netflix 2024 berjudul Skywalkers: A Love Story yang disiarkan pada Januari 2024 di Festival Filem Sundance.
Foto di laman Instagram Nikolau menunjukkan pasangan itu berada di atas beberapa bangunan tertinggi dunia, termasuk Bay Ridge di San Francisco dan Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
Tidak jelas bagaimana Nikolau atau Kuznetsov mendapat laluan masuk ke tingkat 103 bangunan pencakar langit ikonik Manhattan itu. – AGENSI














