fbpx
Pengasas Beauty Kaseh, Mohd. Faizul (tengah) memberi sumbangan daging korban kepada seorang asnaf pada program Korban Kaseh di pekarangan Kubur Tok Janggut, Tumpat hari ini.

500 asnaf terima daging korban

  • Oleh KOSMO!
  • 2 Ogos 2020, 5:52 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Seramai 500 golongan asnaf di sekitar Pasir Pekan menerima sumbangan berupa daging korban sempena program Korban Kaseh di sini hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh syarikat kosmetik, Beauty Kaseh sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk setempat.

Pengasasnya, Mohd. Faizul Rohban Ahmad berkata, program kali ketiga sempena sambutan Aidiladha itu dijalankan hasil pembelian produk keluaran syarikatnya oleh pelanggan-pelanggan dan dikembalikan dalam bentuk CSR.

Katanya, kali ini sebanyak dua ekor lembu disembelih secara bergotong- royong melibatkan penduduk kampung dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan mengikut norma baharu.

“Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), agihan dilakukan menerusi kupon yang diserahkan lebih awal kepada penerima.

“Ibadah korban kali ini memerlukan penjarakan fizikal dan mereka yang datang untuk menyaksikan ibadah korban juga terpaksa dihadkan,” katanya ketika ditemui di lokasi penyembelihan di pekarangan Kubur Tok Janggut di sini hari ini.

Tambahnya, program itu diharapkan menyantuni semua terlibat dan lokasi dipilih juga memberi erti sebagai memperingati jasa serta pengorbanan tokoh Tok Janggut menjelang hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini. – K! ONLINE