fbpx

Terus kekal patuhi SOP – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha esok, rakyat Malaysia diseru agar sentiasa peka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sempena sambutan Aidiladha esok , ramai yang akan melakukan ibadah korban seperti dituntut oleh syarak jadi laksanakanlah ia dengan penuh penghayatan disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Hadkan bilangan individu yang hadir untuk melakukan penyembelihan agar tidak melebihi 20 orang bagi seekor lembu serta pastikan tiada kenduri diadakan di tempat ibadah korban dijalankan.

“Selepas selesai pembahagian daging dilakukan, segeralah pulang ke rumah dan di rumah pula pastikan jumlah sanak-saudara yang datang berkunjung tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa serta elakkan bersalam-salaman,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Perutusan Khas Aidiladha sebentar tadi.

Jelas beliau, mereka yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah juga harus memaklumkan jiran serta sanak saudara agar tidak datang menziarah bagi mengelakkan virus berkenaan daripada merebak.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mendoakan semoga ibadah korban yang dilakukan pada tahun ini diterima Allah S.W.T.

“Di kesempatan ini, saya, isteri serta seisi keluarga juga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan raikanlah ia secara bersederhana,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI