fbpx

KPM tangguh kemasukan pelajar matrikulasi dari Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kemasukan 289 orang pelajar dari daerah Kuching ke kolej-kolej matrikulasi di seluruh negara ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama, kemasukan 154 pelajar ke Kolej Matrikulasi Sarawak yang terletak di Kuching juga ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini berikutan pengumuman kerajaan berhubung langkah mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos depan.

“Pihak kolej matrikulasi akan menghubungi semua pelajar yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

KPM berkata, pihaknya akan menanggung perbelanjaan tiket penerbangan baharu pada kadar kelas ekonomi untuk pelajar yang terjejas akibat penangguhan itu.

“Bagi pelajar yang telah membeli tiket bagi tujuan kemasukan ke kolej matrikulasi, KPM akan menanggung kos penerbangan.

“Pelajar perlu mengemukakan tuntutan yang disokong oleh dokumen pembelian tiket tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses pendaftaran kira-kira 30,000 pelajar di 15 buah kolej matrikulasi akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 3 hingga 7 Ogos depan.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, daerah Kuching masih dikategorikan sebagai zon merah dengan 53 kes jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI