fbpx

Dua wanita disebat di Aceh kerana jadi ibu ayam online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA wanita menjalani hukuman sebat di Langsa, Aceh semalam. – AFP

JAKARTA – Dua wanita Indonesia disebat di khalayak ramai hampir 100 kali setiap seorang kerana menjadi ibu ayam secara online, kata seorang pegawai di wilayah Aceh semalam.

Hukuman sebat kelmarin di bandar Langsa itu disaksikan oleh berpuluh-puluh orang walaupun pihak berkuasa melarang perhimpunan awam ekoran kebimbangan jangkitan koronavirus.

Kedua-dua wanita itu tidak memakai pelitup muka, tidak seperti pesalah lain yang menjalani hukuman sebat baru-baru ini.

Ketua agensi syariah Islam Langsa, Aji Asmanuddin berkata, mereka ditangkap pada Mac lalu bersama lima pekerja seks yang juga berdepan hukuman sebat jika didapati bersalah melanggar undang-undang Islam.

“Mereka dihukum kerana mengiklankan seks menerusi internet.

“Ini kes ibu ayam pertama di Langsa, namun kami percaya ramai lagi ibu dan bapa ayam berada di luar sana.

“Cuma kami tiada peralatan yang diperlukan bagi memantau mereka di internet,” kata Asmanuddin lagi.

Wilayah Aceh terletak di hujung Pulau Sumatera dan satusatunya rantau Indonesia yang menguatkuasakan undangundang syariah dengan melaksanakan hukuman rotan untuk pelbagai kesalahan termasuk pelacuran, judi, seks luar nikah dan seks gay. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI