fbpx

AS mahu vaksin Covid-19 siap segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN AS, Donald Trump (kiri) melawat sebuah makmal membuat komponen vaksin koronavirus di Morrisville, Carolina Utara kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggandakan pelaburannya kepada hampir AS$1 bilion (RM4.25 bilion) bagi mempercepatkan pembangunan vaksin Covid-19 oleh firma tempatan, Moderna yang memulakan fasa terakhir ujian klinikal kelmarin.

Washington merancang membelanjakan sehingga AS$472 juta (RM2 bilion) sebagai tambahan kepada pelaburan berjumlah AS$483 juta (RM2.05 bilion) yang diumumkan sebelum ini, kata Moderna dalam satu pengumuman Ahad lalu.

Moderna menyatakan, pelaburan tambahan itu munasabah berikutan keputusan syarikat farmaseutikal itu yang turut dipersetujui kerajaan untuk meluaskan fasa tiga ujian klinikal vaksinnya meliputi 30,000 peserta.

Dalam percubaan awal, Moderna mendapati vaksin eksperimentalnya mendorong penghasilan antibodi bagi mencegah penyakit Covid-19 dalam tubuh semua 45 peserta.

AS mencatatkan lebih 146,000 kematian akibat Covid -19 sekali gus tertinggi di dunia, manakala bilangan kes baharu terus meningkat.

Pelaburan besar Washington itu adalah sebahagian usaha untuk menyegerakan penghasilan vaksin bagi memberi pelalian kepada berjuta-juta warga AS menjelang awal tahun 2021.

Pada Rabu minggu lalu, perikatan farmaseutikal BioNTech/ Pfizer mengumumkan bahawa kerajaan AS telah membelanjakan sebanyak $1.95 bilion (RM8.29 bilion) bagi mendapatkan 100 juta dos vaksin perikatan tersebut. – AF

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI