fbpx

Pengarah didakwa tipu tender Tourism Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (tengah) diiringi anggota SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen di di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini sebentar tadi atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu membabitkan jumlah RM10 juta bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Tertuduh Ibrahim Omar,48, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad dan Hakim Azura Alwi.

Di hadapan Hakim Azman, tertuduh didakwa atas tujuh pertuduhan menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen antaranya penyata bank CIMB, Borang A Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SN Security Hardware Appointment, Lummex Global Sdn. Bhd. Letter Of Award For The Compony Brand Communication Campaign.

Kesemua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender ‘Global Advertising Agencies And Promotion For Tourism Malaysia’ secara ‘Request For Proposal’ yang mana tertuduh mempunyai sebab mempercayai semua dokumen itu adalah palsu.

Bagi kesemua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan penjara tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu di hadapan Hakim Azura, tertuduh didakwa atas tiga kesalahan sama melibatkan beberapa surat palsu yang dihantar melalui email milik tertuduh bagi meendapatkan tender yang sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Tingkat 8, Unit Perolehan Bahagian Pentadbiran, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Jalan P5/6 Presint 5, Putrajaya pada 10 September 2019 dan Pejabat Pembangunan Leasing, Corporation Credit And Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) Tingkat 18, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail antara 5 dan 10 Jun lalu mengikut seksyen yang sama.

Dua lagi pertuduhan di hadapan hakim sama, tertuduh didakwa memberikan dua invois butiran palsu kepada seorang individu yang bertugas di Pembangunan Leasing, Corporation Credit And Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) dengan niat untuk memperdayakan bagi perkhidmatan ‘Tourism Malaysia Global Media Buy” berjumlah RM7.2 juta yang sedangkan perkhidmatan itu tidak dilaksanakan.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pembangunan Leasing, Corporation Credit And Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) Tingkat 18, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, di sini pada 10 Jun 2020 yang dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (2) akta sama.

Hukuman bagi dua pertuduhan itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 bagi kesemua pertuduhan dan pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam peguam A.Ashok.

Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI