fbpx

Lukaku menyamai rekod Nyers di Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kiri) berjaya meledak 15 gol di tempat lawan musim ini sekali gus menyamai rekod 70 tahun yang dipegang Nyers. – TWITTER

GENOA – Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku menyamai rekod pasukan yang berusia 70 tahun selepas menjaringkan dua gol ketika menang 3-0 ke atas Genoa pada aksi Serie A di Stadium Luigi Ferraris awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Belgium menjadi individu kedua selepas Stefano Nyers dalam tempoh 70 tahun, meledak 15 gol di tempat lawan dalam semusim bagi saingan Serie A.

Bekas penyerang Manchester United itu menjadi watak pen­ting buat skuad kendalian Antonio Conte musim ini apabila sudah mengumpul 29 gol dalam 44 penampilan musim ini.

Lukaku tanpa berselin­dung mengakui gembira dengan pencapaian tersebut, namun dia tidak mampu menyem­bunyikan perasaan kecewa me­ngenangkan Juventus semakin hampir menjulang kejuaraan liga.

“Secara peribadi, saya sa­ngat gembira dengan penca­paian ini, namun sebagai pasukan, kami sepatutnya menampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan sebelum ini.

“Kami memiliki skuad yang mantap, jadi agak mengecewakan apabila sekadar berada di kedudukan kedua kerana kami mahukan kejuaraan liga,” kata Lukaku.
Inter akan berdepan Napoli dan Atalanta dalam dua baki perlawanan liga sebelum bertemu Getafe bagi aksi Liga Europa yang dijangka berlangsung bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN