fbpx

Enam penagih termasuk dua wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas semasa Ops Tapis di Butterworth, Seberang Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Enam penagih dadah termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Pauh, Butterworth di sini malam tadi.

Dalam Ops Tapis kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, suspek yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 51 tahun ketika sedang berkumpul di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya merampas sejumlah dadah bernilai RM1,300.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai kira-kira 21.4 gram (g) disyaki dadah jenis heroin, (1.2 g) syabu dan (0.4 g) ganja.

“Dadah itu adalah bagi kegunaan mereka sendiri, manakala ujian air kencing  mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh dan tidak bekerja itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI