fbpx

Mayat Orang Asli lemas ketika memancing ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba mengangkat mayat lelaki yang lemas ketika memancing di anak sungai berdekatan Jalan Kota Lubok Cina ke Kampung Melintang petang tadi.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

REMBAU – Seorang lelaki yang juga Orang Asli ditemui lemas selepas terjatuh ketika memancing bersama rakannya di anak sungai berdekatan Jalan Kota Lubok Cina ke Kampung Melintang di sini petang tadi.

Timbalan Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Zakaria Amat berkata, mayat mangsa berusia 26 tahun itu berjaya ditemui pada pukul 7.20 malam tadi.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dengan kekuatan seorang pegawai dan lapan anggota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.07 petang.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri juga telah mengerakkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Teluk Kemang bagi membantu operasi bersama anggota dari balai Tampin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zakaria, mangsa bersama empat rakannya dipercayai memancing di anak sungai tersebut sebelum mangsa terjatuh dan lemas.

“Bagaimanapun, empat lagi rakannnya terselamat dalam kejdian itu,” katanya. – K! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI