fbpx

Tiga lelaki berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dituduh di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan memiliki kanabis seberat 959.4 gram.

KANGAR – Tiga lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 959.4 gram di Padang Besar dekat sini pada minggu lalu.

Mereka ialah Zed Amirul Zaquan Z. Zamri, 26; Muhammad Zakwan Azhar, 25 dan Mohammad Shamizan Mohammad Zahir, 25.

Mengikut kertas pertuduhan, tiga tertuduh didakwa secara bersama memiliki dan ada dalam kawalan sejumlah dadah tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Pauh, Padang Besar pada pukul 1.55 pagi, 17 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertuduh, Zed Amirul diwakili peguam, Mohamad Asrul Affendi Abdul Halim manakala dua lagi tertuduh diwakili peguam, KT Jayaraj.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Oktober depan untuk serahan laporan kimia.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan hasrat tiga lelaki untuk menjadikan sebuah rumah kampung di Beseri dekat sini sebagai makmal memproses ganja tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis pada Khamis lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI