fbpx

Tiada masalah venue buat Perak, Perak 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLIN

STADIUM Perak dan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang masing-masing menjadi gelanggang tetap pasukan Perak dan Perak 2 dalam kancah Liga Super dan Liga Premier selamat untuk digunakan apabila Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula pada 26 Ogos depan.

Pengesahan itu dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persa­tuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri.

“Kedua-dua stadium selamat untuk digunakan nanti. PAFA sudah memastikan kedua-dua gelanggang mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL ).

“Stadium Perak digunakan setiap hari untuk latihan. Pemain turut mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Mereka juga tidak menggunakan bilik persalinan dan terus bersurai sebaik selesai latihan,” kata Azlin.

MFL juga memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan pasukan diarahkan mencari gelanggang baharu.

Katanya, Perak tidak mahu menjejaskan peluang ke­dua-dua pasukannya dalam mengharungi kempen Liga M dan Piala Malaysia 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI