fbpx

Lima hero buat lawan kecut perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERO tank Baxia kembali menjadi bualan kerana mempunyai kemampuan unik dalam permainan ML.

SEBUT sahaja mengenai hero tank, rata-rata peminat e-Sukan dalam permainan Mobile Legend (ML) pasti cuba mengelak menggunakan karakter berkenaan selepas dilihat tiada peranan pen­ting malah sukar dikendalikan untuk membantu pasukan memenangi perlawanan.

Majoriti pemain ML tidak gemar menggunakan tank kerana kekuatan memberi kesan (da­mage) terlalu rendah. Persepsi itu nyata salah kerana tank juga mampu membunuh pihak lawan seperti hero Assassin dengan mudah pada awal permainan.

Penggunaan tank sangat pen­ting dalam permainan ML sebagai Support (sokongan) kepada pasukan untuk menjuarai perlawanan. Jika kita lihat pasukan profesional, tank antara watak penting yang perlu diambil untuk menjadi sumber kekuatan utama pasukan.

Tank mempunyai pertahanan yang tinggi sehingga mereka dapat melindungi pemain penting pasukan seperti hero Marksman mahupun Mage.

Kelebihan tank yang dapat menyerap serangan musuh memberi tambah nilai terbaik dalam pasukan. Ketiadaan tank juga menyebabkan pasukan mudah tewas pada awal permainan. Justeru, kali ini Kosmo! mahu menyenaraikan lima hero tank yang sering menjadi pilihan utama dalam perlawanan ML.

 

GrockMeskipun hero Grock ini te­lah dihadkan kemampuannya oleh pengeluar permainan iaitu Moonton tetapi Grock antara tank yang terbaik dalam permainan ML. Grock mampu menjadi benteng sokongan terbaik bagi memastikan permainan dapat bertahan pada awal mahupun lewat perlawanan.

Grock juga dilihat sebagai tank paling agresif kerana sifatnya mampu memberi tekanan kepada musuh lagi-lagi karakter hero ini mampu menyerap tekanan pukulan dan mampu melanggar pihak lawan.

Ditambah dengan teknik kuasa Ancestral Gift miliknya yang membuat dia semakin keras apabila dekat dengan tembok. Jika anda suka bermain dengan agresif, Grock mampu menjadi hero terbaik untuk bertempur di medan perang.

Grock juga dipilih sebagai hero penting untuk membantu Marksman melakukan farming dengan cepat supaya dapat dibeli dan disiapkan secepat mungkin untuk menghasilkan serangan kemusnahan tinggi sehingga mengurangkan tahap nyawa (HP) pemain lawan.

Teknik 1: Power of Nature, Guardian’s Barrier, Wild Charge, Ancestal Gift

Khufra

Hero tank Khufra sering kali menjadi sasaran singkir (ban) dalam perlawanan terutama pe­ringkat tinggi seperti Legend mahupun Mytic.

Khufra menjadi salah satu hero ML yang cukup menarik untuk diketengahkan. Hero yang diperkenal pada tahun 2019 itu menjadi perhatian peminat sukan ML kerana kemampuannya yang luar biasa.

Khufra dilengkapi dengan kemampuan ketahanan dan survival yang sangat baik. Khuf­ra menggunakan teknik pertama bertukar kepada bouncing ball dan sangat ditakuti pihak musuh. Bouncing ball mampu menghalang hero seperti Gusion, Harith dan sesiapa saja menggunakan flicker.

Kelebihan yang ada pada Khufra adalah mampu memperlahankan pergerakan kepada semua hero sekali gus mampu mengucar-ngacirkan rentak perlawanan lawan. Teknik bouncing ball juga memberikannya tambahan pertahanan sekali gus menjadi taktik yang baik untuk bertahan dalam pertarungan.

Teknik: Tyrants Revenge, Bouncing Ball, Tyrant Rage, Spell Curse

 

Franco

Sebelum ini, Franco dilupakan kerana kemunculan beberapa tank baharu yang lebih hebat. Bagaimanapun, Franco menjadi pilihan terbaik untuk hero benteng pertahanan kera­na kemampuannya mencangkuk (hook) menghentikan pergerakan musuh beberapa saat.

Jika pemain menggunakan Franco dengan baik, maka Franco mampu menjadi tank paling menakutkan pihak lawan kerana kekuatannya mencangkuk musuh ke dalam menara (tower) sekali gus memberi tekanan kepada pihak lawan untuk menyerang lebih dekat.

Teknik ketiga Bloody Hunt yang ada pada Franco juga mengerikan apabila mampu memberi kesan hingga 100 hit kepada pihak musuh.

Teknik: Iron Hook, Fury Shock, Bloody Hunt

 

Atlas

Juga hero yang sering disingkir (ban) awal permainan kerana kemampuan agresifnya cukup mengerikan selepas mampu menarik dan melambung keluar lima musuh dalam satu masa.

Kemampuan tersebut menjadikan Atlas sebagai hero tank pilihan pertama bagi penggemar sukan ML untuk meraih kemenangan mudah seawal perlawanan. Atlas juga dapat merenjat pihak lawan untuk memperlahankan pergerakan musuh.

Teknik: Annihilate, Perfect match, Fatal links

 

Baxia

Hero tank Baxia kembali menjadi bualan kerana mempunyai kemampuan unik mampu mengucar-ngacirkan rentak permainan pihak lawan. Teknik pertama Baxia (Baxia-Shield Unity) yang bertukar kepada roda api memberi tekanan kepada pihak musuh yang dilihat mudah mengelilingi gelanggang perlawanan.

Kemampuan tersebut Baxia dapat membantu rakan sepa­sukan yang dalam kesusahan. Selain itu, Baxia juga mampu memberi kesan yang cukup hebat terhadap nyawa musuh dengan serangan yang dia lakukan.

Teknik: Baxia-Shield Unity, Shield of Spirit, Tortoise’s Puissance. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI