fbpx

Wan Kuzri terlepas latihan pusat fasa II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN KUZRI dijangka pulang ke AS sebaik sahaja kem latihan pusat fasa pertama tamat pada Ahad ini.

KETUA jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Brad Maloney tidak menafikan kemungkinan pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal terlepas untuk menyertai kem latihan pusat fasa kedua yang bermula 3 Ogos depan.

Kata Maloney, situasi semasa pandemik Covid-19 mungkin akan menjejaskan harapannya untuk mendapatkan khidmat Wan Kuzri selepas kem latihan pusat fasa pertama tamat Ahad ini.

“Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyukarkan peluang untuk Wan Kuzri menyertai kem latihan pusat seterusnya dan saya boleh katakan peratusan untuk dia bersama pasukan adalah 50-50.

“Ini kerana dia dijangka pulang semula ke AS selepas tamat latihan fasa pertama minggu ini dan di sana dia pasti akan menjalani tempoh kuarantin selain mengharungi tempoh perjalanan yang panjang.

“Jika kami mahu mendapatkan khidmatnya kembali, dia akan hadir ke Malaysia sebelum kembali dikuarantin semula selama dua minggu.

“Situasi tersebut bagaikan sekatan yang memberi kesukaran buat kami tetapi saya akan berbincang terlebih dahulu de­ngannya mengenai peluang yang ada (untuk dia bersama pasukan),” kata Maloney ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Difahamkan, FAM ada perjanjian awal dengan kelab diwakili oleh Wan Kuzri, Akademi Bola Sepak St. Louis agar pemain itu dihantar semula ke AS sekiranya tamat latihan fasa pertama nanti.

Skuad B-19 negara menjalani kem latihan pusat sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada ­Oktober depan.

Malaysia telah diundi bersama Qatar, Yemen dan Tajikistan dalam Kumpulan D. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI