fbpx

Tiga beradik antara 44 individu ditahan AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga beradik yang ditahan AADK dalam Ops Cegah di Flat Paya Nahu, Sungai Petani semalam.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Tiga beradik merupakan antara 44 individu disyaki penagih dadah yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 20 kawasan dalam daerah Kuala Muda di sini semalam.

Operasi seawal pukul 6 pagi dan berakhir pukul 11.30 malam itu disertai empat pegawai dan 10 anggota agensi tersebut.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, tiga beradik berusia 22, 24 dan 26 tahun itu ditahan ketika sedang tidur bersama tiga kanak-kanak berusia antara satu hingga lapan tahun ddi Flat Paya Nahu 2.

“Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan didapati positif dadah jenis morfin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, dua wanita terbabit akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Bachok, Kelantan selama dua tahun manakala adik lelaki mereka diletakkan di bawah Pengawasan Dalam Komuniti selama dua tahun.

“Tiga kanak-kanak yang merupakan anak kepada dua beradik perempuan itu telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arnida berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 38 individu yang ditahan dalam operasi tersebut positif dadah iaitu 25 terlibat dadah jenis methamphetamine manakala 13 lagi morfin.

“Enam lagi individu dibebaskan kerana negatif dadah,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 3 (1) dan Seksyen 6 (3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Operasi kali ini menyasarkan kepada aduan hotline dan aduan awam yang terima oleh pihak AADK selain tumpuan di sarang dadah yang aktif,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI