fbpx

Penganggur didakwa hina Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafiz didakwa atas tuduhan menghina Sultan Selangor di Mahkamah Sesyen hari ini.

SHAH ALAM – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dua tahun lalu.

Muhammad Hariz Saleh,28, selaku Orang Kena Saman bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengiku kedua-dua pertuduhan, Muhammad Hariz didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan memuat naik dua komen menghina Sultan Selangor menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Komen jelik itu dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pukul 10.59 pagi, 22 Mac 2018.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohamad Adzhar manakala Muhammad Hariz tidak diwakili peguam.

Muhammad Hariz juga menolak untuk melantik peguam seperti yang dicadangkan oleh Rofiah.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes. – K !ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI