fbpx

Husniah masih ada peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSNIAH terpaksa menjalani pembedahan akibat mengalami kecederaan ACL, namun dijangka sempat pulih untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Vietnam tahun depan.

KUALA LUMPUR – Ratu pecut 100 meter (m) negara, Zaidatul Husniah Zulkifli masih berpeluang melayakkan diri ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam yang akan berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan.

Husniah, 27, dijangka sempat pulih sepenuhnya daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan lutut kanan baru-baru ini.

Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd. Manshahar Abdul Jalil percaya pemenang pingat perak 100m dan 200m Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu masih sempat untuk mencapai had kelayakan apabila sembuh sepenuhnya nanti.

“Baru semalam saya jumpa dia dan dia masih dalam proses pemulihan. Biasanya ia akan mengambil masa lima hingga enam bulan untuk pulih.

“Mudah-mudahan dia akan sembuh secepat mungkin dan kembali semula dalam latihan. Kalau segalnya berjalan lancar, dia boleh berlatih semula hujung tahun ini,” katanya.

Pembedahan tersebut bermakna atlet dari Kuala Nerang itu terpaksa melupakan hajatnya untuk membuat penampilan kedua di pentas Sukan Olimpik selepas beraksi atas tiket wildcard sewakt edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Sebagai rekod, catatan terbaik Husniah untuk 100m ialah 11.59 saat (s) yang dilakukan di Weinheim, Jerman dan 23.54s bagi acara 200m sewaktu meraih tempat kedua Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI